;

Saturday, November 21, 2009

sahabat,amanah untuk kita...

assalamualaikum..

AMANAH..acapkali ungkapan itu meniti di bibir insan-insan yg kerdil dan hina ini.Namun sejauh mana kesedaran kita tentang amanah itu.adakah dengan hanya melafazkannya dengan lolongan suara yang begitu menggetarkan hati??sering berkata amanah itu suatu yang berat untuk kita,amanah itu perlu untuk kita lakukan,amanah itu yang menyebabkan kita sama ada melangkah ke syurgaNya mAahupun ke nerakaNya....amanah..amanah..amanah..

Namun,cuba antum jujur pada diri.sudahkah antum melaksanakan amanah yang di pikul itu?jika mahu perbahaskan isu amanah itu cukup besar prospeknya...ana tak mahu membicarakan isu amanah ini secara begitu mendalam kerana ana pasti antum semua mumtaz dalam menghuraikan apakah definisi amanah dan sebagainya..amanah kepada diri,masyarakat,negara,hatta kepada agama..

straight to the point,apa yang ana nak kita renungkan di sini adalah dari segi amanah terhadap agama kita..Deen Islam yang disayangi...cuba antum lihat penerimaan masyarakat terhadap agama Islam pada saat ini..ana mengambil pendekatan mad'u(org yang didakwahkan) dikalangan sahabat kita sendiri..remaja di luar sana..remaja yang tidak berkesempatan untuk mendalami ilmu-ilmu agama sebagaimana yang sedikit sebanyak telah kita pelajari dan hayati...

remaja adalah penerus kepada tampuk pimpinan negara..jikalau remaja hari ini rosak akhlaknya dan nipis benteng keimanannya..bagaimanakah kita hendak merialisasikan hasrat untuk mewujudkan negara yang betul-betul mengamalkan konsep Islam yang syumul.menjadikan Islam sebagai tunjang dalam sistem pemerintahan negara,tunjang dalam pembinaan keluarga yang soleh yang menghayati amali Islam.

sampai bila kita hendak mendiamkan diri??sampai bila kita hendak terus menyembunyikan keberanian kita dalam usaha sebagai seorang dai'e?sampai bila kita berterusan menyaksikan kemaksiatan yang kian hari kian tenat...bumi yang semakin hari semakin tersiksa dalam menyaksikan betapa zalimnya manusia terhadap dirinya sendiri..sampai bila sahabat..???

di mana kita letakkan diri kita sebagai seorang dai'e?di mana laungan AMANAH yang selalu meniti dibibir-bibir kita..??DI MANA??berikanlah kekuatan kepada diri kita untuk memulakan langkah sebagai seorang dai'e...mulakanlah dari sekarang sahabat...kita tidak akan berjalan seandainya tiada usaha untuk melangkahkan kaki kita...begitu juga dalam amanah yang dipikul,jika kita tidak memulakan detik-detik berharga sebagai seorang pendai'e..tidak terlaksanalah pembahagian AMANAH terhadap agama Allah yang cukup kita cintai ini...

sahabat..

mulakanlah langkah kita semua dalam medan dakwah,meskipun ianya cukup sukar..sedarlah bahawa Rasulullah juga menegakkan agama Allah ini dengan perjuangan yang cukup perit pada permulaannya..Namun kerana kesukaran itulah ISlam mampu kita rasai dan miliki di saat ini..
seandainya tiada kekuatan yang muncul,bermohonlah kepada Allah agar dititipkan suatu kekuatan yang mampu menggerakkan diri kita bersama-sama sahabat yang lain menelusuri jalan dakwah yang cukup manis pada hakikatnya..

akhir kalam...
renungilah bait-bait lirik ini...mungkin dengan penghayatan ini,keinginan dan kekuatan sebagai seorang dai'e bersemi dalam jiwa dan hati insan-insan mujahid dan mujahidah yang diredhoi Allah..insya Allah..


SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..


Huzaifah Ibnu Yaman r.a berkata : “Rasulullah SAW menceritakan kepada kami dua buah hadis, aku telah melihat salah satunya dan aku menunggu yang satu lagi. Nabi menceritakan kepada kami bahawasanya amanah itu turun ke dalam pangkal (akar) jiwa (hati) manusia, kemudian mereka pun mengetahui sebahagian al-Quran, sesudah itu mereka mengetahui sebahagian sunah. Dan nabi menceritakan kepada kami tentang pencabutan amanah. Sabdanya yang bermaksud : “Seorang lelaki tidur lalu dalam keadaan tidur, dicabut amanah dalam hatinya, maka tinggal bekas amanah seperti kesan sesuatu warna yang menyalahi warna asal, warna yang agak hitam. Kemudian ia tidur lagi lalu dicabut lagi amanah, maka tinggallah bekasannya yang merupakan kembung-kembung di tangan lantaran banyak bekerja dengan menggunakan kapak seperti bara api yang engkau guling-gulingkan di atas kaki mu lalu kembunglah kaki itu dan engkau pun melihatnya sudah bengkak dan penuh dengan air, padahal tidak ada apa-apa di dalamnya. Kerana manusia berjual beli tetapi hampir-hampir tidak ada seorang pun yang amanah lalu seseorang pun berkata” Sesungguhnya dalam golongan bani fulan ada seorang yang boleh dipercayai dan dikatakan kepada orang itu : “Alangkah tinggi akalnya, alangkah bijak bestarinya dan alangkah hebat ketabahannya. Padahal tidak ada di dalam hatinya sedikit pun keimanan walaupun seberat biji sawi. Dan sesungguhnya telah datang kepada ku suatu masa (telah berlalu suatu masa). Aku yang pada masa itu tidak peduli siapakah di antara kamu aku berjual beli dengannya. Demi Allah sungguh jika ia Muslim, nescaya keislamannya akan menolaknya kepada ku dan jika ia Nasrani, nescaya pengurus urusannya akan kembalikan kepadanya. Sedangkan pada hari ini aku tidak lagi berjual beli melainkan dengan si anu dan si anu.”
al-Bukhari ; Muslim


Amanah hilang dari hati manusia sedikit demi sedikit. Pada awalnya ia hanya meninggalkan titik hitam dan semakin lama titik hitam tersebut menjadi semakin jelas hingga menggelapkan hati sekali gus menghilangkan sirnanya. Malah dikatakan amanah itu adalah nilai keimanan itu sendiri. Dahulu, jika dalam melakukan urusan jual beli seseorang yang Muslim bersifat amanah kerana agamanya yang menuntut ia bersifat demikian. Seorang Nasrani pula bersifat amanah kerana pengurusnya menyuruh ia bersifat demikian. Namun pada masa kini, amanah seakan hilang. Tidak ada sesiapapun yang layak diberi kepercayaan penuh sama ada Muslim mahupun kafir. Semua ini disebabkan keimanan manusia yang semakin rapuh dan luntur, mudah digoda dan tergoda oleh habuan dunia. Hilang amanah hingga sanggup menerima rasuah, menipu dan menyelewengkan harta. Justeru sebagai manusia yang beriman hendaklah kita sentiasa memohon kepada Allah SWT agar dikekalkan dengan sifat amanah dan mempunyai keimanan yang teguh dan mantap.

No comments:

Post a Comment