;

Thursday, July 2, 2009

Wednesday, July 1, 2009

siapa kita???

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka

13 wasiat Rasullullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah. 12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.

InsyaAllah Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

alam semesta


Alam Semesta Berbentuk Trompet
oleh; Ahmad Saifuddin Amran*



Pendahuluan


Persoalan tentang bentuk alam semesta atau dalam bahasa saintifiknya 'geometry of the universe' sentiasa menjadi subjek kajian para ahli astronomi dan ahli kosmologi. Dengan bantuan pelbagai alat dengan teknologi terkini, pelbagai teori telah dikemukakan tentang rupa bentuk sebenar alam semesta ini. Adapun dalam menerangkan bentuk alam semesta, para saintis menggunakan dua kaedah iaitu local geometry, berkaitan tentang kelengkungan alam semesta yang mampu dilihat dengan mata atau bantuan teknologi manakala global geometry pula menjelaskan tentang topologi alam semesta secara keseluruhannya.

Kosmo Berbentuk Trompet



Terkini, saintis telah mengemukakan satu lagi teori yang menyatakan bahawa alam semesta berbentuk seperti trompet. Bentuk trompet ini atau nama lainnya Picard horn atau Picard topology dapat dijelaskan melalui hyperbolic geometry. Bentuk ini nampak seperti tidak masuk akal, akan tetapi menurut Frank Steiner dari University of Ulm yang mengetuai kumpulan pengkaji dari German, beliau mengatakan bahawa berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, beliau mendapati alam semesta (kosmo) seolah diregangkan menjadi corong yang panjang. Satu bahagian sempit satu bahagian lagi terbuka luas seperti loceng. Dengan kata lain juga, ruang angkasa adalah terbatas.


Persoalan Terjawab


Teori ini berjaya menyelesaikan dua teka-teki dari pemerhatian yang diperoleh. Salah satunya adalah tentang corak tompok-tompok panas dan sejuk yang dilihat pada cosmic microwave background radiation. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa alam semesta saling tidak ubah seperti alam semesta pada 380,000 tahun selepas kejadian Big Bang. Dengan bantuan WMAP milik NASA, mereka mendapati bahawa corak-corak tersebut terpadam dengan skala yang besar di mana tiada tompok-tompok panas atau sejuk jelas yang melebihi 60 darjah. Berdasarkan fakta ini, Frank Steiner mendakwa bahawa teori yang dikemukan mereka disokong oleh pemerhatian ini.

Model ini juga menjawab satu lagi teka-teki yang menjadi persoalan apabila pada tahun 2003, satu kumpulan saintis menyatakan bahawa alam semesta ini terbatas (finite). Kumpulan saintis ini menggunakan model bentuk bola atau spherical universe. Akan tetapi seperti yang telah dijelaskan tadi, model ini tidak menepati data yang diperoleh dari WMAP apabila mereka gagal menemui sebarang imej back-to-back melalui analisis data. Sebaliknya, bentuk trompet yang dikemukakan tidak bercanggah dengan data dari WMAP.


Ruang Angkasa Yang Elip


Model ini juga mempunyai satu lagi kelebihan lain. Menurut teori yang konvensional iaitu berbentuk mendatar atau leper, tompok yang paling kecil pada langit mikroglombang (microwave sky) sepatutnya berbentuk bulat, namun hakikatnya tidak begitu. Menurut Steiner, tompok-tompok tersebut sebenarnya mempunyai bentuk sedikit elips. Picard topology menjelaskan keadaan ini. Dalam model tersebut, ruang lengkung angkasa bertindak sebagai kanta yang mengubah imej tompok yang sejak dari dahulu lagi bulat kepada bentuk yang dilihat seperti elips oleh mata kita.

Namun yang demikian, para saintis terpaksa meninggalkan salah satu prinsip asas kosmologi yang mengutarakan bahawa seluruh bahagian alam semesta ini secara kasarnya adalah serupa apabila menerima pakai model ini. Menurut Holger Then pula iaitu salah seorang ahli kumpulan pengkaji tersebut,

“If one happens to find oneself a long way up the narrow end of the horn, things indeed look very strange, with two very small dimensions.”

Apa yang menarik dalam model ini pada bahagian yang paling hujung, seseorang itu dapat melihat belakang kepalanya sendiri!


Menurut Kaca Mata Al-Qur’an


Dan Dia lah Yang menciptakan langit dan bumi Dengan (tujuan) Yang benar, dan (Dia lah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: “Jadilah”, lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar. dan bagiNyalah Kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. ia Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, dan Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. [Al-An’aam : 73]



Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu Matilah makhluk-makhluk Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, kecuali sesiapa Yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka Dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). [Az-Zumar : 68]


Bukankah sangkakala juga dikenali sebagai trompet?


Di sini bukanlah tujuan saya untuk mencari-cari ayat Al-Qur’an demi membenarkan kandungannya berdasarkan penemuan-penemuan sains seperti di atas. Teori sekali-kali tidak akan mengatasi Hukum. Apatah lagi untuk membenarkan. Al-Qur’an bukan sebuah kitab yang mengajar sains, tapi merupakan kitab yang menunjukkan tanda-tanda kebesaran-Nya seperti ungkapan popular oleh Dr Zakir Naik,

“Koran is not a book of science but a book of signs”

Penemuan sains melalui pelbagai proses evolusi sebelum hakikat sebenar ditemukan. Sebagai contoh, para cendekiawan Islam dahulu kala sendiri hanya baru mendapati bahawa bumi ini berbentuk sfera setelah kira-kira 830 M. Malah sebelum itu, mereka juga percaya bahawa bumi ini mendatar. Akan tetapi setelah kajian dilakukan, barulah mereka menemui hakikat bahawa bumi ini sebenarnya sfera. Mengapa fakta sains ini tidak terus saja diekstrak dari Al-Qur’an? Mengapa perlu ada kajian sebelum merumuskan fakta yang sedia ada di dalam Al-Qur’an? Sesungguhnya ini adalah tanda yang dimaksudkan oleh Allah seperti firman-Nya:



Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? [Fusshilat : 53]



Cara Allah memberi hidayah ialah dengan kita mencari, bukan hanya bergoyang kaki.Begitu juga cara Allah memperlihatkan kita tanda-tanda-Nya, dengan mencari dan mengkaji.