;

Thursday, August 13, 2009

putihkan hatimu sebelum ia dihitamkan...



بسم الله الرحمن الرحيم
kita manusia kadang kala sering mengambil enteng sesuatu perkara.apatah lagi jika perkara itu dirasakan hanya perkara yang mudah,remeh,kecil dan sebagainya...
tidakkah kita sedar bahawa setiap perkara itu bermula dengan perkara yang mudah?

cuba bayangkan,mampukah sesuatu projek itu dijalankan seandainya tidak dibuat perancangan awal?mampukah kita menjalankan projek itu tika mana kita tidak membincangkan tentang kos pelaksanaan,individu yang terlibat,tujuan pelaksanaan dan sebagainya..

mustahil bukan??

begitu juga dengan hati kita.di mana sebagaimana sabda nabi Muhammad s.a.w
انما الأعمال بالنيات iaitu setiap amalan itu bermula dengan niat..dimana terdetiknya niat itu?pastinya niat itu dilahirkan melalui detikkan hati..maka sesungguhnya,hati kita yang menuntun kita dalam melakukan sesuatu perkara samada benar ataupun batil...
kerana hati yang bersih mampu membatasi diri daripada diracuni oleh hasutan dan godaan syaitan yang direjam..

syeikh ibnu Atoillah al Sakandari menyebutkan dalam kitabnya Bahjat al Nufus bahawa

hati ini ibarat sebuah pohon

bila disiram dengan air ketaatan,buahnya akan nampak jelas.mata membuahkan penjagaan.telinga membuahkan perhatian terhadap Al-quran dan ilmu.lidah membuahkan zikir dan ucapan yang baik.tangan dan kaki membuahkan amalan kebajikan,ketaatan dan bantu membantu.
namun,bila hati kering kerana tidak disirami dengan air ketaatan,buahnya akan gugur,manfaatnya akan hilang


hati ini juga ibarat cermin,nafsu ibarat wap dan asap

bila asap melekat dicemin,cermin akan menghitam sehingga kejernihan dan keindahannya menjadi pudar.maka hati yang lemah itu umpama cermin yang terbiar lantaran dikotori dengan asap...

saudaraku..
segeralah mengubati hatimu andai kau dapati ianya semakin hari semakin tenat..yang adakalanya hanya menunggu masa untuk ditarik Nur daripadanya..tiadalah insan lain yang mampu megubati kesakitan itu melainkan dirimu sendiri..sedarlah hati yang sudah sihitamkan amatlah sukar untuk dikembalikan kejernihannya..sebagaimana air yang dicemari mahu dirawati..prosesnya cukup lama..

jikalau antum merasakan MASIH ADA WAKTU untuk kita..adakah antum tahu bilakah ajal bakal menjemput diri ini??adakah hari esok masih terbuka kuas lagi pintu taubat unuk kita?adakah kita mahu diri ini terus dibayangi dengan bayang-bayang hitam yang merajai diri..??

oleh itu,segerakanlah mengubati hatimu,segeralah mendapatkan khidmat 'pakar-pakar' perawat hati..seperti mana kata imam Al-Ghazali..

carilah hatimu ketika membaca Al=Quran,andai tidak kau temui,carilah hatimu ketika kau menunaikan solat,andai tidak kau temui,carilah hatimu ketika duduk bertafakur'

والله العلم